My biodata

Foto saya
PO (Ponorogo), jatim, Indonesia
kata temn sich aku itu ska lebay, suka debat, fun and kadang nyebelin.......but......rahma itu orngy maniz......... hikz....hikz...hikz... hwahwahwahwa....

Jumat, 03 Juli 2009

Nasehat imam shafii

Nasihat Imam Shafi’e ketika mencari sahabat dan kisah Saiyidina Abu Bakar R.A sebagai teman yang sejati
PERSAHABATAN tulen memang sukar dicari. Hanya
mereka yang benar-benar bersahabat dengan hati tulus dan ikhlas dapat
mencari erti persahabatan tulen. Dalam hal ini, Iman Syafie ada
memberikan nasihat dalam soal persahabatan…
"Aku mencintai sahabatku
dengan segenap jiwa ragaku, seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku…"
.
Sahabat
yang baik adalah yang sering sejalan denganku dan yang menjaga nama
baikku ketika aku hidup atau selepas aku mati. Aku selalu berharap
mendapatkan sahabat sejati yang tidak luntur baik dalam keadaan suka
atau duka. Jika itu aku dapatkan, aku berjanji akan selalu setia
padanya. Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku
akan berasa senang. Semakin ramai aku peroleh sahabat, aku semakin
percaya diri.
.
Mencari
sahabat pada waktu susah. Belum pernah kutemukan di dunia ini seorang
sahabat yang setia dalam duka. Pada hal hidupku sentiasa berputar-putar
antara suka dan duka. Jika suka melanda, aku sering bertanya: “Siapakah
yang sudi menjadi sahabatku?” Pada waktu aku senang, sudah biasa ramai
yang akan iri hati, namun bila giliran aku susah mereka pun bertepuk
tangan. Pasang surut persahabatan. Aku dapat bergaul secara bebas
dengan orang lain ketika nasibku sedang baik. Namun, ketika musibah
menimpaku, kudapatkan mereka tidak ubahnya roda zaman yang tidak mahu
bersahabat dengan keadaan.
.
Jika
aku menjauhkan diri daripada mereka, mereka mencemuh dan jika aku
sakit, tidak seorang pun yang menjengukku. Jika hidupku berlumur
kebahagiaan, banyak orang iri hati, jika hidupku berselimut derita
mereka bersorak sorai. Mengasingkan diri lebih baik daripada bergaul
dengan orang jahat. Apabila tidak ke temu sahabat yang takwa, lebih
baik aku hidup menyendiri daripada aku harus bergaul dengan orang
jahat. Sukarnya mencari sahabat sejati. Tenanglah engkau dalam
menghadapi perjalanan zaman ini.
.
Bersikap
seperti seorang paderi dalam menghadapi manusia. Cucilah kedua-dua
tanganmu dari zaman itu dan daripada manusianya. Peliharalah cintamu
terhadap mereka. Maka, kelak kamu akan memperoleh kebaikannya.
Sepanjang usiaku yang semakin tua, belum pernah aku temukan di dunia
ini sahabat yang sejati. Kutinggalkan orang bodoh kerana banyak
kejelekannya dan kujanji orang mulia kerana kebaikannya sedikit.
Sahabat sejati pada waktu susah. Kawan yang tidak dapat dimanfaatkan
ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan. Tidak ada
yang abadi dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika
susah. Sepanjang hidup aku berjuang bersungguh-sungguh mencari sahabat
sejati hingga pencarianku melenakanku. Kukunjungi seribu negara, namun
tidak satu negara pun yang penduduknya berhati manusia. Rosaknya
keperibadian seseorang.
.
Dalam
diri manusia itu ada dua macam potensi penipuan dan rayuan. Dua hal itu
seperti duri jika dipegang dan ibarat bunga jika dipandang. Apabila
engkau memerlukan pertolongan mereka, bersikaplah bagai api yang dapat
membakar duri itu. Menghormati orang lain. Barang siapa menghormati
orang lain, tentulah dia akan dihormati. Begitu juga barang siapa
menghina orang lain, tentulah dia akan dihinakan. Barang siapa berbuat
baik kepada orang lain, baginya satu pahala. Begitu juga barang siapa
berbuat jahat kepada orang lain, baginya seksa yang dahsyat. Menghadapi
musuh. Ketika aku menjadi pemaaf dan tidak mempunyai rasa dengki,
hatiku lega, jiwaku bebas daripada bara permusuhan. Ketika musuhku
berada di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya. Semua itu kulakukan
agar aku dapat menjaga diriku daripada kejahatan. Aku nampakkan
keramahan, kesopanan dan rasa persahabatanku kepada orang yang kubenci,
seperti aku nampakkan hal itu kepada orang yang kucintai.
.
Tipu
daya manusia. Mudah-mudahan anjing itu dapat bersahabat denganku kerana
bagiku dunia ini sudah hampa daripada manusia. Sehina-hinanya anjing,
ia masih dapat menunjukkan jalan untuk tuannya yang tersesat, tidak
seperti manusia jahat yang selamanya tidak akan memberi petunjuk.
Selamatkanlah dirimu, jaga lidahmu baik-baik, tentu kamu akan bahagia
walaupun kamu terpaksa hidup sendiri. Tempat menggantungkan harapan.
Apabila engkau menginginkan kemuliaan orang yang mulia, maka dekatilah
orang yang sedang membangun rumah untuk Allah. Hanya orang yang berjiwa
mulia yang dapat menjaga nama baik dirinya dan selalu menghormati
tamunya, baik ketika hidup mahu pun setelah mati. Menjaga nama baik.
Jika seseorang tidak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan
terpaksa, maka tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan
kepadanya.
.
Banyak
orang lain yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah dengannya bererti
istirahat. Dalam hati masih ada kesabaran buat kekasih, meskipun
memerlukan daya usaha yang keras. Tidak semua orang yang engkau cintai,
mencintaimu dan sikap ramahmu kadang kala dibalas dengan sikap tidak
sopan. Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, maka tidak ada
gunanya cinta yang dibuat-buat. Tidak baik bersahabat dengan
pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai. Dia
akan memungkiri jalinan cinta yang telah terbentuk dan akan menampakkan
hal yang dulunya menjadi rahsia.
dan kisah Saiyidina Abu Bakar R.A sebagai teman yang paling rapat dengan Rasulullah s.a.w
Nama Saiyidina Abu Bakar Al-Siddiq R.A. adalah
tidak asing lagi bagi sekelian ummat Islam, baik dahulu mahupun
sekarang. Dialah manusia yang dianggap paling teragung dalam sejarah
Islam sesudah Rasulullah S.A.W. Kemuliaan akhlaknya, kemurahan hatinya
dalam mengorbankan harta benda dan kekayaannya, kebijaksanaannya dalam
menyelesaikan masalah ummat, ketenangannya dalam menghadapi kesukaran,
kerendahan hatinya ketika berkuasa serta tuturbahasanya yang lembut
lagi menarik adalah sukar dicari bandingannya balk dahulu mahupun
sekarang. Dialah tokoh sahabat terbilang yang paling akrab dan paling
disayangi oleh Rasulullah S.A.W.
Nama
sebenar Saiyidina Abu Bakar Al-Siddiq adalah Abdullah Bin Qahafah.
Sebelum Islam, beliau adalah seorang saudagar yang tersangat kaya serta
datangnya dan keluarga bangsawan yang sangat dihormati oleh masyarakat
Quraisy. Bahkan sebelum memeluk Islam lagi, Abu Bakar telah terkenal
sebagai seorang pembesar Quraisy yang tinggi akhlaknya dan tidak pernah
minum arak sebagaimana yang lazimnya dilakukan oleh pembesar-pembesar
Quraisy yang lain.
Khalifah #1
Di sana terpancar sinar cahaya
Menerangi lorong-lorong yang gelita
Namun mereka tiada percaya
Malah mencaci dan menghina
Engkaulah yang pertama membenarkannya
Hilang saudara
Hilang segala-gala
Engkau tetap setia
Kalimah tuhankan bertakhta.
Saiyidina
Abu Bakar R.A. telah menjalin persahabatan yang akrab dengan baginda
Rasul lama sebelum Rasulullah S.A.W. menjadi Rasul. Beliaulah tokoh
sahabat besar yang dianggap paling banyak sekali berkorban harta benda
untuk menegakkan agama Islam di samping Nabi Muhammad S.A.W. Kerana
besarnya pengorbanan beliau itulah Rasulullah S.A.W. pernah mengatakan
bahawa Islam telah tegak di atas harta Siti Khadijah dan pengorbanan
Saiyidina Abu Bakar R.A. Adapun gelaran Al-Siddiq yang diberikan
kepadanya itu adalah kerana sikapnya yang selalu membenarkan apa sahaja
kata-kata mahupun perbuatan Nabi Muhammad S.A.W.
Dikaulah lambang teman sejati
Pada Kekasih janji dipateri
Khalifah pertama…
Menggenggam erat panji suci
Bila kekasih tiada lagi
Kekasih tiada lagi..
Ketika
Rasulullah S.A.W. wafat, baginda memang tidak meninggalkan pesan
tentang siapa yang patut menggantikan baginda sebagai Khalifah ummat
Islam. Tetapi setelah lama berbincang kaum Muslimin dengan suara ramai
memilih Saiyidma Abu Bakan Al-Siddiq sebagai Khalifah setelah namanya
itu dicalunkan oleh Saiyidina Umar Ibnul Khattab R.A. Pemilihan ini
tentulah tepat sekali kenana pada pandangan kaum Muslimin memang
beliaulah yang paling layak sekali memegang kedudukan itu memandangkan
kelebihan-kelebihannya dari para sahabat yang lain. Apatah lagi
beliaulah yang pernah ditunjuk oleh baginda Rasul semasa hayatnya untuk
menggantikan baginda sebagai imam sembahyang tatkala baginda sedang
uzur.
Teman dikala suka dan duka
Tiada apa yang dapat memisahkan
Rela berkorban harta dan nyawa
Lafazmu hanya kebenaran
Tika bisa menjalar
Mencengkam tubuh
Kekasih lena dipangkuanmu
Engkau tetap setia
Hingga mengalir air mata..
Gua
itu begitu dingin dan remang-remang. Tiba-tiba saja, seekor ular
mendesis-desis perlahan mendatangi kaki Abu Bakar yang terlentang. Abu
Bakar menatapnya waspada, ingin sekali ia menarik kedua kakinya untuk
menjauh dari hewan berbisa ini. Namun, keinginan itu dienyahkannya dari
benak, tak ingin ia mengganggu tidur nyaman Rasulullah. Bagaimana
mungkin, ia tega membangunkan kekasih yang sangat kelelahan itu. Abu
Bakar meringis ketika ular itu menggigit pergelangan kakinya, tapi
kakinya tetap saja tak bergerak sedikitpun. Dan ular itu pergi setelah
beberapa lama. Dalam hening, sekujur tubuhnya terasa panas. Bisa ular
segera menjalar cepat. Abu Bakar menangis diam-diam. Rasa sakit itu tak
dapat ditahan lagi. Tanpa sengaja, air matanya menetes mengenai pipi
Rasulullah yang tengah berbaring. Abu Bakar menghentikan tangisannya,
kekhawatirannya terbukti, Rasulullah terjaga dan menatapnya penuh rasa
ingin tahu.
"Wahai hamba Allah, apakah
engkau menangis karena menyesal mengikuti perjalanan ini" suara
Rasulullah memenuhi udara Gua."Tentu saja tidak, saya ridha dan ikhlas
mengikutimu kemana pun" potong Abu Bakar masih dalam kesakitan."Lalu
mengapakah, engkau meluruhkan air mata?""Seekor ular baru saja
menggigit saya wahai putra Abdullah, dan bisanya menjalar begitu
cepat"Rasulullah menatap Abu Bakar penuh keheranan, tak seberapa lama
bibirnya bergerak "Mengapa engkau tidak menghindarinya?""Saya khawatir
membangunkanmu dari lelap" jawab Abu Bakar. Ia kini menyesal karena
tidak dapat menahan air matanya hingga mengenai pipi Rasulullah.Saat
itu air mata bukan milik Abu Bakar saja. Selanjutnya mata Rasulullah
berkabut dan bening air mata tergenang di pelupuknya. Betapa indah
sebuah ukhuwah."Sungguh bahagia, aku memiliki seorang seperti mu wahai
putra Abu Quhafah. Sesungguhnya Allah sebaik-baik pemberi balasan".
Tanpa menunggu waktu, dengan penuh kasih sayang, Rasulullah meraih
pergelangan kaki yang digigit ular. Dengan mengagungkan nama Allah,
Nabi mengusap bekas gigitan itu dengan ludahnya. Maha suci Allah,
seketika rasa sakit itu tak lagi ada. Abu Bakar segera menarik kakinya
karena malu.
"Bagaimana mungkin, mereka
para kafir tega menyakiti manusia seperti mu. Bagaimana mungkin?"
nyaring hati Abu Bakar kemudian.Gua Tsur kembali ditelan senyap. Kini
giliran Abu Bakar yang beristirahat dan Rasulullah berjaga. Dan, Abu
Bakar menggeleng kuat-kuat ketika Rasulullah menawarkan pangkuannya.
Tak akan rela, dirinya membebani pangkuan penuh berkah itu.
Disinilah janji setia
Antara Sahabat dan Kekasih
Menjadi inspirasi kami
Walau tiada pernah bersua
Aku kan tetap setia
Untuk selama-lamanya…
Pada
suatu ketika di saat Rasulullah membaca khutbah yang antara lain
menyatakan bahawa kepada seseorang hamba Allah ditawarkan untuk memilih
dunia dan memilih ganjaran yang tersedia di sisi Allah, dan hamba Allah
tersebut tidak akan memilih dunia, melainkan memilih apa yang tersedia
di sisi Tuhan… Maka ketika meƱdengar khutbah Nabi demikian itu
Saiyidina Abu Bakar R.A. lalu menangis tersedu-sedu, kenana sedih dan
terharu beliau mendengar dan mengerti bahawa yang dimaksud dalam isi
khutbah tersebut ialah bahawa umur kehidupan Rasul di dunia ini sudah
hampir berakhir.

Selawat dan Salam ke atas
Junjungan Besar, Kekasih Allah ya Rasulullah Nabi kita, Nabi Muhammad
Sallallahu Alaihi Wasallam serta Keluarga baginda, para Sahabat dan
juga Seluruh Umat yang setia lagi jujur hingga ke akhir zaman.

Selasa, 28 April 2009

Wanita Pilihan Untuk Lelaki Pilihan.

Gembira hatinya, gembiralah Rasulullah S.A.W. Tertitis air matanya,berdukalah baginda. Dialah satu-satunya puteri yang paling dikasihi oleh junjungan Rasul selepas kewafatan isterinya yang paling dicintai, Siti Khadijah Itulah Siti Fatimah R.A., wanita terkemuka di dunia dan penghuni syurga di akhirat.


Bersuamikan Sayyidina Ali bukanlah satu kebanggaan yang menjanjikan kekayaan harta. Ini adalah kerana Sayyidina Ali yang merupakan salahseorang daripada empat sahabat yang sangat rapat dengan Rasulullah S.A.W., merupakan kalangan sahabat yang sangat miskin berbanding dengan yang lain. Namun jauh di sanubari Rasulullah s.a.w. tersimpan perasaan kasih dan sayang yang sangat mendalam terhadapnya.


Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepadanya, "Fatimah lebih kucintai daripada engkau, namun dalam pandanganku engkau lebih mulia daripada dia." (Riwayat Abu Hurairah)


Wanita Pilihan Untuk Lelaki Pilihan.


Fatimah mewarisi akhlak ibunya Siti Khadijah. Tidak pernah membebani dan menyakiti suami dengan kata-kata atau sikap. Sentiasa senyum menyambut kepulangan suami hingga hilang separuh masalah suaminya. Dengan mas kahwin hanya 400 dirham hasil jualan baju perang kepada Sayyidina Usman Ibnu Affan itulah dia memulakan penghidupan dengan Wanita yang sangat dimuliakan Allah di dunia dan di Akhirat.


Bukan Sayyidina Ali tidak mahu menyediakan seorang pembantu untuk isterinya tetapi sememangnya beliau tidak mampu berbuat demikian. Meskipun beliau cukup tahu isterinya saban hari bertungkus-lumus menguruskan anak-anak, memasak, membasuh dan menggiling tepung, dan yang lebih memenatkan lagi bila terpaksa mengandar air berbatu-batu jauhnya sehingga kelihatan tanda di bahu kiri dan kanannya.


Suami mana yang tidak sayangkan isteri. Ada ketikanya bila Sayyidina Ali berada di rumah, beliau akan turut sama menyinsing lengan membantu Siti Fatimah menggiling tepung di dapur. "Terima kasih suamiku," bisik Fatimah pada suaminya. Usaha sekecil itu, di celah-celah kesibukan sudah cukup berkesan dalam membelai perasaan seorang isteri.


Suatu hari, Rasulullah s.a.w. masuk ke rumah anaknya. Didapati Puterinya yang berpakaian kasar itu sedang mengisar biji-biji gandum dalam Linangan air mata.


Fatimah segera mengesat air matanya tatkala menyedari kehadiran Ayahanda kesayangannya itu. Lalu ditanya oleh baginda, "Wahai buah hatiku,Apakah yang engkau tangiskan itu? Semoga Allah menggembirakanmu.


"Dalam nada sayu Fatimah berkata, "Wahai ayahanda, sesungguhnya anakmu Ini terlalu penat kerana terpaksa mengisar gandum dan menguruskan segala Urusan rumah seorang diri. Wahai ayahanda, kiranya tidak keberatan bolehkah ayahanda meminta suamiku menyediakan seorang pembantu untukku?"


Baginda tersenyum seraya bangun mendapatkan kisaran tepung itu. Dengan lafaz Bismillah, Baginda meletakkan segenggam gandum ke dalam kisaran itu.


Dengan izin Allah, maka berpusinglah kisaran itu dengan sendirinya. Hati Fatimah sangat terhibur dan merasa sangat gembira dengan hadiahIstimewa dari ayahandanya itu. Habis semua gandumnya dikisar dan batu kisar itu Tidak akan berhenti selagi tidak ada arahan untuk berhenti, sehinggalah Rasulullah s.a.w. menghentikannya.


Berkata Rasulullah s.a.w. dengan kata-kata yang masyhur, "Wahai Fatimah, Gunung Uhud pernah ditawarkan kepadaku untuk menjadi emas, namun Ayahanda memilih untuk keluarga kita kesenangan di akhirat." Jelas, Baginda Rasul mahu mendidik puterinya bahawa kesusahan bukanlah penghalang untuk Menjadi solehah.


Ayahanda yang penyayang terus merenung puterinya dengan pandangan Kasih sayang, "Puteriku, mahukah engkau kuajarkan sesuatu yang lebih baikdaripada apa yang kau pinta itu?


"Tentu sekali ya Rasulullah," jawab Siti Fatimah kegirangan. Rasulullah s.a.w. bersabda, "Jibril telah mengajarku beberapa kalimah. Setiap kali selesai sembahyang, hendaklah membaca 'Subhanallah'Sepuluh kali, 'Alhamdulillah' sepuluh kali dan 'Allahu Akbar' sepuluh kali. Kemudian ketika hendak tidur baca 'Subhanallah', 'Alhamdulillah' dan'Allahu Akbar' ini sebanyak tiga puluh tiga kali.


"Ternyata amalan itu telah memberi kesan kepada Siti Fatimah. Semua Kerja rumah dapat dilaksanakan dengan mudah dan sempurna meskipun tanpa Pembantu rumah.Itulah hadiah istimewa dari Allah buat hamba-hamba yang hatinya Sentiasa mengingatiNya.

Rabu, 04 Maret 2009

kegundahan hati........

dkesepian malam.......
hati ini menjerit.....
hati ini tlah teracuni......
oleh kepedihan cinta......
cinta yang suci,
sejati.....
tlah menjemputku.......
tp........
hati ini tlah tertusuk sangt dalm.......
kepedihan...
kepiluan masa lalu.......
menghalangi diri menuju cinta yang suci

Sabtu, 28 Februari 2009

kebisuan hati

keberadaan mu membuat diriku terpedaya.........

kepuasan hati, keserakahn diri......

memperalat diriku........

ku terbuai dgn kegermalapnnya......

membuat diri ini lupa akan arti hidup sesungghnya...

kini........

dalm duka......

dalm pelukan hujan......

aku menjerit........

meronta.........

tak tau apa yg terjdi.....

aknkah diri yng begitu hina......

yang larut dgn kegermalapn ini........

hidup dgn ketenangn.......

hidup dngn zikir-Mu.......

dgn kaki melangkh.......

tuntnlah kaki ini utk menemukan jaln yang bgtu indah.........

dalam sujud ini..........

dalam tetesn hujan yg lebt........

aku harp menyadarkan diri........

membuat jalan.........

yang terindah..........

Selasa, 24 Februari 2009

happy

hai hai hai..................

ayo gabungan dgn ana disini kita ciptkn ukhuwah islamiah and kekompakan kita............